Pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis yang dilanda kontroversi anda ibu bapa dan pihak penerbitan milik Shiela Rulsy ini nampaknya telah memberi kesan negatif kepadanya.
Sebelum ini Pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo telah memuatnaik dilaman facebooknya gambar perbualan perbualanya dengan bapa Puteri Balqis yang dikatakan sudah pandai belagak ala Diva.
BACA: Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?
Selepas kenyataan Jinggo itu ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz, telah tampil menjawab tohmahan itu dengan menyifatkan tindakan jinggo itu adalah satu fitnah yang berniat untuk menjatuhkan reputasi anaknya itu.
Norashikin berkata, syarikat produksi kepunyaan pengarah tersebut iaitu JS Pictures Sdn Bhd tidak profesional dan cuba mempermain-mainkan mereka apabila membatalkan tawaran terhadap Puteri Balqis pada saat-saat akhir.
BACA: Ibu Puteri Balqis Dedah Kisah Sebenar Difitnah Pengarah Jinggo
Ternyata kontroversi ini telah memberi kesan yang amat besar kepada pelakon cilik ini dengan apabila malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana diejek oleh mereka dan telah menjadi satu tekanan kepadanya sehingga membuatkan Puteri Balqis menangis.
Balqis baru-baru ini telah menjadi artis jemputan untuk menjayakan persembahan kumpulan Bocey dalam Maharajalawak Mega yang ternyata persembahan Puteri Balqis mendapat pujian juri iaitu Nur Fazura yang menyifatkan Puteri Balqis sangat berbakat dan sememangnya beliau layak mendapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia.
Apapun admin harap sangat kejadian ini berakhir dengan cepat dan harap sangat-sangat adik Puteri Balqis tabah dan kuat. Kami disini sentiasa menyokong Puteri Balqis kerana dengan bakat yang dimilikinya membuatkan masa depannya lebih baik. Semoga lebih Success Puteri Balqis.-Siakapkeli.com.my