Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AirAsia Sahkan Pesawatnya Hilang Dan Bentuk Pasukan Pencarian

No Comment


KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia telah mengesahkan pesawat milik mereka telah hilang pagi tadi selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 7:24 waktu Indonesia.

 Dalam akaun twitter @AirAsia mengatkaan mereka mengesahkan pesawat QZ8501 penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah hilang daripada radar dan terputus hubungan.

"Dengan rasa hiba dan sedih, kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenaik status para penumpang dan anak kapal dan akan memaklumkan jika ada maklumat terbaru." kata dipetik dari akaun tersebutl.


Mereka memastikan pesawat tersebut adalah model Airbus A320-200 dengan nomor registrasi PK-AXC.

"Pada masa ini, operasi pencarian dan penyelamatan sedang berlangsung dan AirAsia bekerja sama dengan semua pihak dan yang memberi pertolongan," kata akaun itu lagi.

AirAsia telah membentuk Pusat Maklumat dengan Call Center yang tersedia untuk keluarga atau sahabat-sahabt mereka yang mungkin berada di dalam pesawat. Nombor yang dimaksud tersebut ialah 622129850801.

Pihaka Air Asia akan mengemaskini maklumat terbaru di laman web mereka iaitu www.airasia.com.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli