Maut Selepas Paip dan Botol Kaca Pecah Dikeluarkan Dari Kemaluannya
FLORIDA: Seorang wanita telah meninggal dunia setelah paip kaca dan botol yang mengandungi kokain pecah dikeluarkan dari kemaluan di sebuah hospital.
Paip kaca dan botol yang mengandungi dadah itu telah dikesan ketika badannya diimbas dalam penjara.
April Rollison, 31, yang merupakan seorang penagih dadah semenjak 20 tahun yang lalu telah dibawa ke hospital. setelah itu, pasukan perubatan berjya membuang paip dan botol itu dari kemaluannya.
Kemudiannya dia dibenarkan pulang ke penjara.
Namun, selepas itu dia dikejarkan semula ke hospital setelah jatuh sakit dan meninggal dunia beberapa hari selepas itu.
Menurut siasatan, Rallison memecahkan botol kaca itu di dalam kemaluannya dan menelan dadah itu ketika ditinggalkan seketika oleh jururawat di tandas.
Menurut laporan, Rollison positif dadah jenis kokain dan ganja. Bagaimanapun bedah siasat dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
