Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib: Kerajaan Akan Cari Pesawat Air Asia

No Comment


KUALA LIPIS - Kerajaan akan membantu mencari pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang dari radar pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata, kerajaan akan membantu mencari punca sebenar kejadian yang berlaku pada pesawat Airbus A320 AirAsia tersebut yang terputus hubungan.

"Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa ini tentang kejadian pesawat berkenaan.

"Cuma sudah disahkan sebuah pesawat AirAsia telah hilang dari radar...kemungkinan besar satu musibah besar telah berlaku pada pesawat tersebut.

"Kerajaan akan bantu mencari pesawat itu,"katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini, hari ini. - Sinar Harian

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli