Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanis Zalikha Dedah Tidak Mahu Konsep Ala Barat Di Majlis Kahwinnya Nanti

No Comment


Semenjak Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha secara 'Live' di pentas akhir Gegar Vaganza kini kisah pasangan ini telah menjadi semakin mendapat perhatian ramai pihak walaupun ada pihak yang mempertikaikan tindakan mereka itu.

Selepas aksi lamaran itu, pasangan ini dilihat telah merancang lebih jauh kehadapan dengan perancangan suntuk melansungkan majlis perkahwinan.

Hanis yang telah ditemuramah oleh akhbar Berita Harian telah menyatakan keinginannya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang biasa-biasa dengan tidak terlalu mengikut konsep ala-ala barat yang menjadi kegilaan pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga.


“Cukup majlis nikah diadakan di rumah keluarga saya di Bukit Jelutong dan paling penting makanan yang dijamukan kepada tetamu kena sedap. Biar tetamu yang datang puas hati dan tersenyum. Lagipun saya ini memang jenis kaki makan. Jadi bab makanan itu sangat penting.

“Hanya majlis resepsi saja berkemungkinan besar diadakan di hotel. Ikutkan hati nak nikah pakai songket tapi jenis kain itu akan buat saya cepat berpeluh kalau majlis nikah dibuat di rumah. Saya juga impikan bunga manggar diarak dari kaunter pengawal hingga ke rumah,” katanya.

Hanis tidak menolak kemungkinan majlis perkahwinannya diadakan pada tahun ini namun segalanya masih dalam perbincangan antara kedua-dua pihak.

Apapun kami mendoakan pasangan bercinta ini cepat-cepat kahwin, jangan simpan lama-lama sebab tidak elok orang tua-tua cakap kalau simpan lama-lama.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli