Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Orang Asli Sungkai Letak Pengawal, Pengintip Halang Pencerobohan Haram

No Comment

Orang Asli di Sungkai, Perak tiada pilihan melainkan memindahkan penempatan ke kawasan laluan utama untuk menghalang peneroka haram menceroboh hutan yang menjadi tempat tinggal mereka.

Selain meletakkan pengawal serta mengintip kehadiran peneroka asing, Orang Asli Kampung Sungai Tisong juga akan menghalang jalan menggunakan balak sekiranya mengesan kehadiran jentera berat.

Ketua kampung tersebut memberitahu, penduduk Orang Asli memilih untuk menentang apabila penerokaan hutan semakin keterlaluan dan sudah sampai ke sempadan kawasan perkuburan nenek moyang mereka.

"Kami pernah menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli supaya berbincang dengan pihak peneroka yang tidak diketahui siapa mereka, tetapi kami tidak nampak sebarang hasil.

"Dalam keadaan ini, penduduk akhirnya bersatu untuk menghalang penerokaan," katanya.

Penduduk kampung yang geram dengan aktiviti kemusnahan alam sekitar itu turut membawa wartawan China Press meninjau kesan pembalakan termasuk di kawasan berhampiran dengan tanah perkuburan Orang Asli.

Pokok-pokok di hutan telah musnah selepas dibakar dan penduduk mensyaki pembukaan tanah oleh jentera berat adalah untuk tujuan perladangan.

Kemusnahan hutan dikhuatiri menjejaskan sumber rezeki Orang Asli yang memburu, menangkap ikan serta memetik buah-buahan dan hasil hutan.

Penduduk Kampung Sungai Tisong juga berikrar akan terus mempertahankan tanah adat dan tidak sesekali menjual tanah.

Menurut laporan China Press, Orang Asli di Kampung Sungai Tisong mempunyai adat tersendiri mengenai kematian di mana Pokok Songkai ditanam sebagai tanda kubur.

Walaupun berpindah-randah dalam hutan, namun Orang Asli akan melawat kubur nenek moyang pada setiap 4 April. - Malaysiagazette.com
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli