UAE Tarik Diri Pakatan Serangan Udara Terhadap IS
WASHINGTON: Menurut Pegawai Amerika Syarikat (AS), setelah penangkapan dan pembunuhan juruterbang Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menarik diri daripada pakatan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syiria.
Menurut pegawai itu, negara Teluk Arab itu bagaimanapun masih menawarkan kebenaran kepada pangkalan udara utama untuk pesawat AS dan negara lain untuk melaksanakan pakatan berkenaan.
“Saya boleh mengesahkan bahawa UAE menggantung serangan udara selepas pesawat yang dikendalikan juruterbang Jordan itu terhempas,” kata pegawai berkenaan.
“Tetapi saya boleh jelaskan bahawa UAE akan terus menjadi rakan penting dan berharga yang menyumbang kepada pakatan itu,” katanya. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini