Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

LIMA'25: Kementerian Akan Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Rumah Rosak

No Comment


LANGKAWI: Berikutan nahas pesawat Jupiter milik Indonesia semalam yang terhempas  di atas rumah penduduk menyebabkan kerosakan teruk, pihak Kerajaan Negeri Kedah hari ini yakin bahawa Kementerian pertahanan akan menanggung semua kos ganti rugi.

Perkara ini disampaikan oleh Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Manusia, Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata menjadi kewajipan Kementerian Pertahanan untuk membayar ganti rugi kerana insiden itu melibatkan  penganjuran pihak kementrian tersebut.

BACA: VIDEO & GAMBAR: 2 Buah Pesawat Di Pertunjukan LIMA'15 Terhempas

Semalam Dua buah pesawat Jupiter Aerobatic Team milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) telah terhempas dimana salah satunya jatuh betul-betul atas rumah penduduk.

Pesawat tersebut dikatakan hilang kawalan semasa melakukan latihan aerobatik sempena LIMA'15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli