Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video: Wanita OKU Cantik Tunjuk Cara Urus Diri

No Comment

Pernahkah kita tertanya-tanya bagaimanakah cara orang kurang upaya menguruskan kehidupan seharian mereka sendiri?

Biarpun segala pergerakan amat terbatas tetapi kekurangan itu tidak menghalang dari seorang wanita ini dari menguruskan dirinya sendiri.

Menerusi sebuah video dirakam sendiri oleh Manon Slomkowski yang merupakan seorang kurang upaya setelah terlibat dalam satu kemalangan di Paris tahun lalu, sehingga meninggalkan kecederaan kekal di mana tangan kirinya lumpuh sama sekali.

Sudah tentu peristiwa dan nasib yang menimpa dirinya itu segaligus meninggalkan kesan yang mendalam dari segi emosi dan semangat. Bagaimanapun tidak mahu meratapi nasib diri, wanita jelita ini akhirnya menerima takdir yang sudah tertulis.

“Saya tidak suka mengharapkan pertolongan orang lain jadi atas inisiatif itu saya cuba melakukan segala perkara dengan usaha sendiri,” katanya.

Video yang dimuatnaik Manon pada 2 Mac lalu ini, diharapkan membuka mata kita semua kebenaran pepatah ‘nak seribu daya, tak mahu seribu dalih’.

Video ini telah dimuatnaikkannya pada 2 Mac lalu ini, diharapkan mampu membuka mata kita selain itu memberi semangat kepada golongan-golongan yang senasib dengannya. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli