Nikita Mirzani kini lebih bahagia
Jakarta: Pelakon popular Indonesia, Nikita Mirzani semalam berkata, dia kini lebih bahagia selepas dibebaskan dari penjara.
Nikita dihukum penjara selama 2 bulan 15 hari di pusat tahanan Pondok Bambu di Jakarta Timur selepas didapati bersalah menyerang seorang wanita.
“Saya memberitahu anak sulung saya bahawa saya pergi keluar bandar untuk bekerja,” katanya selepas dibebaskan dari penjara.
Nikita berkata, ketika baru menjalani hukuman dia agak kekok kerana terpaksa menyusukan bayinya.
“Ya, pada awalnya agak sukar kerana perlu menyusukan anak saya yang kedua.
“Selepas beberapa ketika saya cuba mencampur susu badan dengan susu formula dan anak saya mahu meminumnya,” ujarnya.
Tambah Nikita, dia tidak sedikitpun menyimpan dendam terhadap individu yang menyebabkan dia dipenjara.
“Saya tidak pernah berdendam dengan sesiapa kerana bagi saya perkara yang berlalu biarlah ia berlalu.
“Apa yang pasti kejadian ini menjadi pengajaran berharga buat saya untuk menghadapi kehidupan selepas ini,” jelasnya. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini