Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemilik Kecewa Rumah Mereka Yang Lewat Diserahkan Kunci Oleh Pemaju Kini Dihantui Masalah 'Misteri' Untuk Diduduki.

One Comment



POKOK SENA: "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah pepatah yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib 200 pemilik rumah Taman Sejahtera, Pokok Sena, Kedah apabila rumah yang dibeli mereka tidak selamat diduduki.

Mana tidaknya, wakil penduduk di situ  mendakwa berlaku satu "Magic" apabila rumah yang mereka beli itu mengalami hujan memenuhi ruangan rumah apabila saluran paip dipasang oleh pihak Syarikat Air Darul Aman(SADA).





Wakil penduduk Taman Sejahtera, Encik Zulhilmi Bin Ahmad, menghubungi kami mendakwa rumah yang dibina itu dikatakan lewat disiapkan selama 14 bulan dan apabila diserahkan kunci masalah ini pula terjadi.

"Apabila air paip disambung oleh pihak SADA, rumah-rumah yang lewat setahun diserahkan kunci ini mengalami 'hujan' apabila kelihatan air keluar dari siling dan dinding rumah.'

"Apa yang paling mengejutkan ada dua buah rumah air keluar laju melalui ruang sistem pendawaiaan elektrik yang nyata mengejutkan kami, ia amat berbahaya dan memang tidak selamat langsung untuk diduduki," Katanya.

Untuk membuktikan kata-katanya itu, Zulhilmi ada menghantar tiga rakaman video tentang kejadian yang nyata merbahaya ini kerana ia melibatkan arus elektrik dan air.





"Bayangkan hampir semua rumah mengalami masalah air keluar dari siling, dinding dalam dan luar selain terdapat binaan rumah sudah retak, dinding sudah roboh dan siling runtuh."

"Terdapat pelbagai lagi masalah dengan rumah yang sebenarnya tidak siap dibina ini dimana saluran paip sentiasa tersumbat menyebabkan air bertakung dan apa yang berlaku ini sebenarnya berlaku hampir ke semua rumah di taman ini." 






"Kami sudah tidak tahu hendak sampaikan masalah kami ini kepada siapa lagi kerana sudah berjumpa dengan orang pemimpin setemptat dan negeri. kami juga telah emnghantar memorandum tentang masalah kami ini kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada apa-apa tindakan." Tegasnya Zulhilmi.

Beliau turut memberitahu rumah yang baru diserahkan pada Disember 2014 ini masih banyak tidak diduduki kerana bimbang akan keselamatan mereka.

"Kami penduduk Taman Bandar Sejahtera amat berharap masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab kerana tidak tahu mana lagi harus mereka bawa perkara ini selain mendedah melalui media dan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil." - Siakapkeli.com.my

Laporan berita Astro Awani


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli