Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Real Madrid Hilang Khidmat Luka Modric

No Comment
PEMAIN tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric (kanan) ketika beraksi dalam kempen La Liga Sepanyol menentang Rayo Vallecano di Santiago Bernabeu, dua minggu lalu. Modric dijangka tersisih lebih sebulan akibat kecederaan. - Foto AP
MADRID – Bintang tengah Real Madrid, Luka Modric dikhuatiri terlepas keseluruhan baki musim ini selepas berdepan kecederaan paha, kata kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan.

Modric berdepan kecederaan pada babak pertama perlawanan kelayakan Euro 2016 bersama Croatia ketika menentang Itali dengan doktor pasukan kebangsaan, Boris Nemec menyuarakan kebimbangan awal.

Menerusi pemerhatiannya, Nemec berkata kecederaan itu mampu menghalang Modric daripada beraksi lebih daripada sebulan dan ia disahkan oleh ujian yang kemudian dibuat oleh kelab gergasi itu.

“Ujian lanjutan yang dibuat staf perubatan Real Madrid mendapati ada koyak di tendon paha kaki kirinya,” kata Real.

Bekas pemain Tottenham Hotspurs, Modric terkenal dengan kelincahan dan gerakan bijaknya di bahagian tengah dan menjadi antara pemain utama Real yang membawa kepada kecemerlangan kelab itu musim ini.

Real ketika ini menghuni tangga teratas La Liga selepas mengumpul 27 mata daripada 11 perlawanan. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli