Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan semalam. FOTO Mohd Hilmie. |
Difahamkan, kejadian berlaku sebaik hujan lebat kira-kira jam 5.30 petang.
Ketika kejadian mangsa Low Chong Wei,25, memandu kereta Toyota Vios secara tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh tembok hentian bas lalu melantun ke tengah jalan sebelum terhenti.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh PBK II Mohd Sharulnizam Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.01 petang dan tiba di tempat kejadian enam minit selepas itu.
"Sejurus tiba, operasi menyelamat dimulakan dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.45 malam.
"Mangsa cedera pada kedua-dua betis dan tulang rusuk," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka oleh pasukan paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk dirawat. - myMetro online