Heboh dibincangkan di media sosial semalam apabila dilaporkan bahawa pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail yang dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir telah menghalau Ahli Parlimen, Dato Takiyuddin Hassan, dan para sukarelawan yang bertugas disitu.
Menurut sumber dari pengguna Facebook pihak sekolah telah menghalau Dato Takiyuddin dan Dr.Ramli Mamat, ADUN Bunut Payong / Exco Kerajaan Kelantan serta para sukarelawan kerana mendakwa para sukarelawan memasak makanan sedap-sedap hanya untuk mereka tetapi mangsa banjir hanya diberi makan ikan rebus.
** Sebab Yb Takiyuddin dihalau adalah masih belum sahih kerana hanya berdasarkan komen pengguna Facebook**
Kerana tindakan itu Yb Takiyuddin telah menulis surat rasmi penarikan diri kepada pihak sekolah tersebut seperti di bawah.
Kandungan surat itu berbunyi seperti di bawah.
Sek.Men.Keb.Sultan Ismail, Kota Bharu.
Puan,
PENARIKAN DIRI PENGENDALI MAKAN MINUM MANGSA BANJIR DI SEK.MEN.KEB. SULTAN ISMAIL, KB.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sebagaimana Puan maklum, atas ehsan pihak sekolah ini, SMKSI telah dijadikan pusat pemindahan banjir apabila banjir melanda kota bharu tahun ini. Sehubungan dengan itu, satu Pasukan Sukarelawan (Kebanyakan Wanita) telah dengan sukarela melakukan kerja-kerja memasak untuk makan minum semua mangsa (Sekitar 2,500 orang).
Dukacita kira-kira jam 8.30 malam ini (27.12.2014), seorang guru SMKSI, CIKGU ZURAINI ARIFFIN telah mengarahkan sukarelawan yang bertugas supaya KELUAR SEGERA daripada premis SMKSI kerana katanya “ada pihak lain yang akan mengambil alih tugas menyediakan makan minum” daripada sukarelawan yang sedia ada.
Oleh kerana percakapan saya dan YB Dr.Ramli Mamat (Exco Kerajaan Kelantan) tidak berkesimpulan, saya dan pihak sukarelawan bersetuju untuk KELUAR daripada premis Puan (SMKSI) pada malam ini.
Tujuan surat ini adalah sebagai rasa tanggungjawab kami supaya langkah kami keluar ATAS ARAHAN PIHAK SMKSI (Melalui CIKGU ZURAINI) tidak disalah faham oleh mana-mana pihak.
Kami mohon pihak puan ambil maklum bahawa :
1. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada aduan mangsa-mangsa tidak mendapat makanan / minuman mulai pagi esok (28.12/2014) sehingga seterusnya.
2. Pihak CIKGU ZURAINI perlu bertanggungjawab atas segala makan minum mangsa banjir di SMKSI mulai makan pagi (28.12.204) sehingga seterusnya.
Kami doakan semoga SMKSI dibawah pimpinan Puan akan dapat memberi khidmat terbaik kepada anak bangsa kita yang menjadi mangsa bencana banjir ini.
Sekian, Terima Kasih.
Dato’ Takiyuddin Hassan
ADR Kota Bharu.
Dr.Ramli Mamat
ADUN Bunut Payong / Exco Kerajaan Kelantan.
Apapun kita tunggu jawapan dari pihak sekolah SMKSI nanti dan perkara ini sepatutnya tidak terjadi kerana dalam keadaan sekarang semua perlu bekerjasaman tanpa mengira pegangan politik masing-masing.-Siakapkeli.com.my