Lelaki Guna Pintu Kecemasan Tak Sabar Keluar Dari Pesawat
SANYA - Seorang penumpang pesawat China Eastern telah menyebabkan kelewatan selama dua jam pesawat tersebut setelah dia cuba keluar dari pesawat itu dengan lebih pantas dengan menggunakan pintu kecemasan.
Penumpang China itu yang mengambil pesawat MU2331 dari Xi'an ke lapangan terbang antarabangsa Sanya di Hainan . Ketika anak kapal sibuk dengan prosedur untuk pendaratan, penumpang-penumpang lain terkejut apabila mereka terdengar satu bunyi yang kuat.
Bunyi itu dipercayai datang dari pintu kecemasan yang telah dibuka oleh lelaki China terbabit yang tidak sabar untuk turun dari pesawat.
Ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa tentang sebab dia membuka pintu kecemasan, lelaki China itu menjawab "Untuk turun dari pesawat dengan lebih cepat".
Selain itu, lelaki itu juga memberitahu pihak berkuasa yang dia tidak tahu pintu yang dibuka olehnya itu untuk tujuan kecemasan sahaja. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini