Lelaki Warga Indonesia Maut Ditetak Dan Dikelar Sekumpulan Samseng
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditetak oleh sekumpulan samseng yang juga dari negara Indonesia di hadapan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Lelaki tersebut yang merupakan seorang pekerja binaan berusia 30 tahun telah ditemui maut pada pukul 2.50 petang dengan terdapat kesan tetakan dan kelar di seluruh badan.
Mangsa dipercayai telah diserang oleh sekumpulan 10 lelaki yang bersenjatakan parang dan kejadian ini dipercayai bermotifkan dendam.
Menurut pihak polis, mangsa yang baru tiba di Stadium itu dari Shah Alam untuk mengunjungi sebuah karnival di Stadium tersebut bersama rakan-rakannya telah diserang sebaik turun daripada bas.
“Sebaik turun dari bas, mangsa dan rakannya diserang sekumpulan lima hingga 10 lelaki bersenjatakan parang dan celoret.
“Rakan mangsa melarikan diri, namun mangsa ditetak berulang kali kumpulan terbabit sebelum mereka (penyerang) melarikan diri,” katanya.
Mangsa yang parah telah tidak sedarkan diri menyebabkan rakannya terus menghubungi pihak polis dan pihak polis yang mendapat panggilan terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal.
“Pihak berkuasa merakam percakapan beberapa saksi termasuk rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian,” katanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini