Pyongyang: Kerajaan Korea Utara memberi gelaran 'Monyet' kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang didakwa telah menyebabkan gangguan internet di negara itu.
Selain itu, pentadbiran Korea Utara yang diketuai oleh pemimpinnya, Kim Jong Un membidas pihak Amerika Syrikat dan menyifatkan tindakan yang diambil oleh Obama itu adalah melulu dan keji.
Washington bagaimanapun menafikan ia ada kaitan dengan gangguan internet di Korea Utara, yang menyaksikan internet di seluruh negara itu `bergelap’ dan lumpuh sepenuhnya.
Kejadian itu berlaku selepas Pyongyang menuduh Amerika Syarikat yang merancang penertitan filem The Interview yang mana sebuah filem yang mengisahkan cubaann membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Filem tersebut bagaimanapun hampir dibatalkan tayangannya gara-gara serangan siber tetapi telah ditarik balik pembatalan itu dan ditayangkan di semua pawagam termasuk dalam talian pada hari Krismas yang lalu selepas mendapat sokongan Obama.
Filem yang diarahkan oleh Seth Rogen itu merupakan sebuah filem berunsurkan komedi bagaimanapun mempunyai plot yang tidak disenangi oleh pihak Korea Utara yang mana dua wartawan Amerika Syarikat diberikan misi untuk membunuh Kim Jong Un.
Filem yang berbentuk komedi ini memaparkan kim Jong Un yang berperangai keanak-anakan dan seorang yang minat kepada lagu Katy Perry dan menangis apabila mendengarnya.
Perkara itulah yang menyebabkan Korea Utara marah kerana lagu itu mepersendakan pemimpin mereka.
Serangan siber terhadap Sony Pictures juga dituduh keatas Korea Utara yang mana telah menyebabkan berpuluh ribu maklumat sulit data komputernya digodam. - Siakapkeli.com.my