Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raja Ilya Lalui Pengalaman Seram Di Indonesia

No Comment


PETALING JAYA: Pelakon Raja Ilya mendedahkan diganggu makhluk halus ketika penggambaran filem seram berjudul Jelmaan yang dilakukan di Yogjakarta, Indonesia awal November lalu.

Raja Ilya, 29, berkata, makhluk halus tersebut mengganggunya ketika dia sedang berehat di bilik hotel sehingga menyebabkan dia meracau dan tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan.

"Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang dikenali sebagai berhantu seperti di Borobudur, Candi Prambanan, Parangtritis dan Gunung Merapi.

Ketika dua hari terakhir iaitu di Gunung Merapi ibu jari kaki saya kebas dan ketika di hotel saya meracau-racau dan menangis kerana ketakutan," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, situasi tersebut dikawal oleh seorang pengamal perubatan tradisional yang disediakan khas untuk menjaga kru produksi sepanjang pengambaran berlangsung.

Tambah Raja Ilya, perkara yang sama terjadi sekali lagi ketika dia diminta melakukan adegan dirasuk di sebuah bangunan lama peninggalan penjajah Belanda.

"Hari terakhir penggambaran saya diminta melakukan adegan seperti dirasuk ketika itu pula berada dalam bangunan lama tempan rakyat Indonesia dibunuh oleh penjajah.

"Suasana bangunan itu memang seram, selepas saya selesai adegan itu, seluruh anggota badan saya menggigil tidak boleh berhenti. Saya terus berlari meminta bantuan," ujarnya.

Ia merupakan pengalaman pertamanya diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran.

Filem yang akan disiarkan di Astro First Eksklusif itu dibintangi oleh Keith Foo, Mia Sara dan Rayqal Iskandar. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli