Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tak Berbohong Semata-Mata Untuk Selamatkan Kerjaya – Hanez Suraya

No Comment

Sebelum ini kita semua tahu kisah Hanez Suraya dan seorang lelaki yang berstatus suami orang, Romie. Romie bagaimanapun selepas itu sah bercerai apabila disahkan oleh mahkamah syariah.

Hanez Suraya yang sebelum ini menyatakan bahawa dia dan Romie sudah tiada apa-apa hubungan lagi selepas peristawa itu bagaimanapun tidak dipercayai oleh semua orang kerana mereka menganggap ungkapan itu hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan dirinya karier seninya sahaja.

Selain itu ramai yang membuat andaian bahawa Hanez akan kembali bercinta dengan lelaki itu setelah lelaki itu bertukar kepada status single.

Sedih juga dengan nasib Hanez ini yang mana sebelum ini karier seninya semakin malap gara-gara isu itu tambah pula ramai yang tidak percaya kata-katanya itu.

Bagaimanapun, Hanez telah tampil bagi menafikan dakwaan-dakwaan itu.

Berbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tidak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun, tetapi saya tidak akan mempermainkan soal hati dan perasaan.
Kenapa pula saya perlu memberi kenyataan (mengenai penceraian Romie dan Liyana), sedangkan antara kami tida ada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitakan dengan saya.
Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tidak mahu merosakkan keadaan. Ini kenyataan akhir saya mengenai Romie dan harap tidak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami.
Tidak dinafikan Romie lelaki baik yang pernah hadir dalam hidup saya, tetapi tiada jodoh antara kami.

Diharap dengan penjelasan dan jawapan dari Hanez ini dapat memuaskan hati mereka yang masih lagi memandang serong dan mendakwa perlbagai perkara-perkara yang tidak enak didengar kepadanya. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli