Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Paksa Budak Perempuan 12 Tahun Buat Seks Oral Ditahan

No Comment
Gambar hiasan
Ampang: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang diburu polis selepas didapati melakukan seks oral ke atas kanak-kanak perempuan di dalam surau di Ampang baru-baru ini berjaya ditahan polis di kedai makan di Kampung Tasik Permai jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, suspek sebelum ini pernah melakukan perbuatan terkutuk itu pada 3 Disember lalu dengan mengacukan senjata dipercayai revolver dan memaksa mangsa melakukan seks oral sebelum mencabulnya.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bertindak mengesan suspek sebelum menemuinya di sebuah kedai makan semalam.

"Ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek bertindak ganas dan cuba melarikan diri.

"Malah pemeriksaan lanjut menemui satu objek menyerupai revolver di dalam beg pinggang miliknya. Bagaimanapun siasatan mendapati ia adalah revolver palsu," katanya.
Beliau berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan.

Harian Metro pada Rabu lalu melaporkan kejadian malang menimpa mangsa yang dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli