Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Identiti 2 Mangsa Nahas QZ8501 Berjaya Dikenalpasti

No Comment


PANGKALAN BUN: Sehingga sekarang dihari keempat operasi pencarian mangsa nahas pesawat QZ8501 pihak penyelamat hanya baru menemui 7 mayat  di Selat Karimata, di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Semua jenazah ini temui agak jauh antar satu sama lain kerana arus laut dan ombak kuat membuatkan jenazah mereka hanyut ke merata tempat.

Jenazah yang ditemui pagi tadi telah berjaya dikenal pasti identiti mereka iaitu seorang peramugari AirAsia, Khairunisa Haidar, kerana terdapat "nametag" pada baju mangsa dan  tanda lain seperti cincin di jari manis pada tangan sebelah kiri dan jam tangan Alexandre Christie.

Manakala seorang lagi jenazah yang dikenalpasti adalah Kevin Alexander Soetjipto, hasil daripada pengenalan diri yang masih ada tubuh mangsa iaitu bernombor 3575040101940009.


Jenazah Kevin yang lahir 1 Januari 1994 telah berjaya ditemui oleh kapal penyelamat milik Malaysia iaitu, KD Lekir, pada pukul 7.55 pagi(8.55 pagi waktu Malaysia). Beliau dilaporkan telah membeli tiket awal lagi iaitu pada 4 Mei 2014.

Kedua-dua jenazah mereka teah dipindahkan ke Pengkalan Bun dan telah diterbangkan ke Surabaya, Jawa Timur. Sebelum diserahkan kepada waris jenazah akan dikenalpasti sekali lagi oleh pasukan Disaster Victim Identification Mabes Polri.

Proses kenal pasti ini akan dijalankan oleh 25 orang pakar forensik dari pasukan  Disaster Victim Identification Mabes Polri dengan perkara yang cuba dikenal pasti adalah keserasian dengan data sebelum jenazah meninggal dengan data selepas jenazah meninggal.(Hasil Bedah Siasat).-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli