MIC Umum Pelantikan Setiausaha Agung, Pengarah Strategi Yang Baharu
PETALING JAYA: MIC telah melantik Datuk Kumar Silambaram @ Datuk G. Kumaar Aamaan sebagai Setiausaha Agung parti dan Ramalingam Krishnamoorthy sebagai pengarah strategi yang baharu, bagi menggantikan A. Prakash Rao dan Datuk Vell Paari.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel turut mengumumkan pelantikan tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang baharu iaitu, Karuppanan Malairaja, Datuk Ganesan Subramaniam dan Ganesan Thankaveloo.
Pelantikan tersebut bagi menggantikan, Tan Sri K.S. Nijhar, Datuk R. Ramanan dan Datuk K.S. Balakrishnan.
Dengan perubahan dalam CWC, Jawatankuasa Disiplin MIC kini akan dianggotai oleh Karuppanan, yang akan bertindak sebagai pengerusi, Ganesan Subramaniam and Datuk Randhir Singh.
"Semua pelantikan berkuat kuasa hari ini dan saya telah mengeluarkan surat rasmi kepada semua yang berkenaan dan mereka akan menerimanya dalam masa terdekat.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada A. Prakash Rao, Datuk Seri Vell Paari, Tan Sri Dr K.S. Nijhar, Datuk R. Ramanan dan Datuk K. S. Balakrishnan atas perkhidmatan mereka sepanjang memegang jawatan berkenaan," kata Palanivel. - mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini