Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jepun usaha tingkatkan kadar kelahiran rakyatnya

No Comment


Tokyo: Kerajaan Jepun mahu menggalakkan lebih banyak majlis mencari jodoh diadakan untuk meningkatkan kadar kelahiran negara itu yang kini terlalu rendah.

Pihak berkuasa tempatan akan mendapat sokongan kerajaan jika menganjurkan acara yang mampu membantu penduduk mencari jodoh, mengikut draf dasar yang menggariskan langkah-langkah bagi meningkatkan jumlah kelahiran, lapor agensi berita Kyodo.

Pelan itu dijangka diluluskan Kabinet Jepun menjelang hujung Mac.

Menurutnya, antara sekarang hingga 2020, negara itu berdepan ‘keadaan kritikal’ kerana tidak cukup bayi dilahirkan, seterusnya mampu memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan ekonomi.

Bagaimanapun, perancangan kerajaan itu bukan sekadar untuk menggalakkan orang berpacaran.

Draf itu turut merangkumi perancangan membaiki akses kepada penjagaan kanak-kanak secara percuma selain mengadakan pusat kaunseling di seluruh negara bagi golongan yang menjalani rawatan kesuburan. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli