698 kg daun ketum berjaya di rampas dr di seludup ke Thailand
Padang Besar: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping berjaya merampas 698 kg daun ketum yang di percayai untuk di seludup ke pasaran Thailand yang dianggar bernilai rm55,120. Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dan seorang warga Thailand lingkungan umur 17-21 tahun.
Selain itu pihak UPP juga berjaya merampas 8 buah motosikal yang di gunakan suspek untuk membawa bahan seludupan menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah RM71,120.
Komander UPP Chuping, Asisten Superintendan Mohd Hafiz Abd Rahim,pihaknya membuat intipan selepas menerima maklumat orang awam sekitar jam 3 pagi.Ketika serbuan dijalankan 100 meter berhampiran kawasan sempadan, sekumpulan suspek seramai 8 orang berjaya di kesan membawa 18 guni mampat berisi daun ketum untuk di seludup di atas motosikal masing-masing.
walaubagaimana pun hanya 2 orang berjaya di tahan selepas mereka menyedari kehadiran pihak UPP dan melarikan diri ke dalam semak di ladang tebu.
katanya,siasatan akan di buat mengikut seksyen 30(3) akta racun yang boleh dikenakan denda rm10,000 atau di penjara tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali. Kes ini telah di serahkan kepada Bahagian siasatan jenayah Narkotik Padang Besar.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini