Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bahang Pilihanraya UIAM : Kereta Pemimpin Pelajar Dipecah

No Comment


Bahang pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) nampaknya tidak kurang panasnya apabila berlaku insiden dimana kereta pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) didakwa dipecahkan oleh seorang penyerang yang tidak dikenali.

Kereta yang dimiliki Muhammad Mujahid Sulaiman, 22, pelajar tahun 3 Kuliah Bahasa Arab, telah diserang oleh dua lelaki pada awal pagi Khamis lepas, yang dipercayai bermotifkan ugutan.

Kejadian dikatakan berlaku ketika Mujahid sedang memandu secara bersendirian di kawasan selekoh antara Kuliah Undang-Undang dan Stadium Universiti sekitar jam 12.30 malam(awal pagi Khamis).

"Penyerang menghentak cermin kereta beliau menggunakan objek keras. Bagaimanapun, beliau tidak cedera hanya cermin kereta bahagian kiri pecah," memetik jurucakap Pro-M UIAM dari laporan The Malaysian Insider.

Kedua-dua penyerang tersebut dikatakan melarikan diri menghala ke arah pintu pagar 3 UIAM dengan menaiki motosikal.

"Keadaan kawasan tersebut yang sangat gelap menyebabkan beliau tidak dapat mengenalpasti identiti dua penyerang itu," tambah Shazwan.

Laporan polis telah dibuat pada 30 Oktober pada jam 3.30 petang di Balai Polis Gombak.

Pilihanraya tersebut dijangka akan diadakan pada bulan ini, tetapi tarikh pengundian masih belum ditetapkan. - Siakapkeli

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli