Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Farah Quinn Akui Kurang Faham Lawak Peserta MLM2014

No Comment

Juri Maharaja Lawak Mega 2014, Farah Quinn mengaku yang dia lebih selesa berbahasa inggeris dalam memberi komen terhadap peserta MLM2014.

Dia berkata, walaupun kurang fasih dalam berbahasa Melayu, namun  hasil tunjuk ajar daripada tiga juri lain iaitu Datuk Jalaludin Hassa, Fazura dan Taufik Batisah sedikit sebanyak telah membantu Farah dalam memahami Bahasa Melayu.

Sekiranya kita mengikuti MLM2014 akan sedar pada suatu ketika Farah kelihatan terpinga-pinga dengan lawak yang dipersembahkan oleh perserta.


 “Semuanya mengenai filem atau perkara terkini di sini agak sukar untuk saya fahami kerana masa berada di Malaysia agak singkat

“Banyak perkara yang saya tidak tahu ada kalanya membuatkan saya terpinga-pinga. Namun saya bernasib baik ada peserta yang memahami kekurangan saya dan melakukan sketsa yang mudah untuk difahami,” katanya memetik Sinar Harian.

Biarpun dia dikritik dalam penjuriannya, namun dia tetap sama sekali tidak bias dalam perkara itu. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli