Berita baik untuk suri rumah kerana pinggan yang boleh di makan sekali telah di cipta. Apabila di isi makanan kita boleh makan terus sekali dengan bekasnya. Berita ini juga adaah berita baik untuk orang bujang yang malas nak basuh pinggan.
Pinggan ini direka oleh dua pereka dari Belgium iaitu Helena Hoyois dan Thibaut Gilquin dan sudah dilancarkan di sana.
Mereka mencipta produk ini selepas mendapat ilham setelah melihat timbunan pinggan di singki di satu program yang dihoskan oleh mereka.
Mereka mula menjalankan kajian selepas mendapat idea tersebut. Pelbagai eksperimen dijalankan untuk menghasilakan produk tersebut Akhirnya mereka berjaya mendapat satu adunan meterial yang amat baik dengan menggunakan campuran kentang, minyak dan air.
Selepas mencuba berkali-kali dan yakin dengan produk tersebut mereka telah mula membuat pengilanan di media dan memasarkannya di bawah syarikat mereka sendiri iaitu 'Do Eat' serta di sokong segi kewangan oleh Wallonia Creative yang tertarik dengan idea tersebut.-Siakapkeli.com.my