Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tandas Usang Jadi Rumah Setelah Rumah Kediaman Dirobohkan

No Comment
Sumber gambar Sinar Harian Online
Dungun: “Saya tak pernah termimpi suatu hari saya sekeluarga akan tidur di dalam tandas tapi inilah hakikat kehidupan, saya tiada pilihan sebab sudah hilang tempat berteduh selepas rumah saya dirobohkan,” luah Hadi Al Hafiz Musa, 30.

Beliau yang mempunya lima anak itu terpaksa menjadikan tandas awam yang sudah tidak di gunakan sebagai tempat berlindung keluarganya dari panas dan hujan.

Hadi dan isterinya, Nazayana Mat Rudi, 35, terpaksa tinggal di situ sebagai jalan terakhir selepas rumah yang diduduki mereka terpaksa dirobohkan.

Beliau yang telah 20 tahun menetap di atas tanah berkenaan terpaksa berpindah kerana pemilik tanah tersebut telah mengambil semula tanahnya,

"Sebagai seorang ayah, pastinya saya pilu lihat lima anak saya terpaksa tidur dalam tandas, mana pernah orang buat sebelum ini.

"Bayangkan tiga anak saya yang masih kecil (Mohd Hazriq Haiqal, 6, Mohd Azwan Rayan, 5, dan Mohd Kalis Hakiki, 2) terpaksa tidur di atas lantai tandas dengan banyak nyamuk dan persekitaran yang kotor," katanya.

Menurut Hadi lagi, di tidak berkemampuan untuk menyewa rumah kerana tidak mempunyai cukup duit dan rumah yang ada semuanya mahal.

Dakwa Hadi, sebelum ini, pihak berkaitan telah berjanji mahu akan memindahkan penduduk kampung yang terlibat termasuk dia ke tempat baru yang sudah di kenal pasti.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana namanya tidak tersenarai menyebabkan dia buntu sehinggalah saat-saat akhir dia terpaksa keluar  dari rumahnya setelah mendapat perintah mahkamah.

Saya sudah mencari di kawasan sekitar, tapi tak jumpa rumah yang saya mampu sewa.

"Akhirnya kami terpaksa berlindung di sini buat sementara, kalau tak ada rumah juga, maka di sinilah rumah kami sebagai pilihan terakhir,” katanya.

Dia sepatutnya mendapat kediaman baru kerana sudah tinggal di situ sejak puluhan tahun lalu, namun kecewa kerana namanya tidak disenaraikan pada saat-saat akhir, mungkin disebabkan kerenah birokrasi politik.

Lebih menyedihkannya ialah dua anaknya, Nurul Alia Natasha, 11, dan Puteri Shahida Amalin, 9, tidak dapat mengulang kaji pelajaran seperti mana biasa berikutan keadaan persekitaran yang amat kotor dan mengganggu tumpuan mereka

“Selagi saya tidak dapat rumah, selagi itulah saya akan tinggal di sini. Mungkin inilah rumah saya, sudah dua malam saya bermalam di sini dan mungkin sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli