Suami tetak tangan, kaki isteri akibat cemburu
JOHOR BAHRU: Seorang wanita telah cedera ditetak di tangan serta kaki oleh si suami. Perkara tersebut berlaku selepas mereka bertengkar di rumah mereka yang terletak di Taman Suria, Kelang.
Menurut Ketua Piolis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari, K Menaga, 44 ditetak pada pergelangan tangan serta kaki sehingga hampir putus oleh suaminya N Marimuthu, 47. Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta rumah mereka pada kira-kira jam 11 pagi.
Bagaimanapun si suami ditemui mati tergantung di balkoni tingkat atas rumah dipercayai telah membunuh diri selepas kejadian itu.
Berdasarkan hasil siasatan, polis percaya motif kejadian itu adalah berpunca dari perasaan cemburu si suami apabila mengesyaki isterinya itu yang bekerja di singpura mempunyai skandal.
Mangsa yang dalam keadaan kritikal telahpun dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.
Menurut Mohd Roze lagi, mangsa yang baru sahaja pulang dari bekerja di singapura pada jam 10.30 pagi sebagai pencuci pinggan telah bertengkar dengan suaminya di ruang tamu. Pertengkaran itu didengari oleh anak mereka yang berusia 10 tahun dan ibu Marimuthu yang ketika itu berada di dapur.
Selepas itu mangsa telah mengajak mereka keluar untuk membeli barangan keperluan sekolah namun si suami secara tiba-tiba dari dari belakang dan terus menetak lengan kiri mangsa.
Manga yang ketakutan terus melarikan diri tetapi malang kerana dia terjatuh di tempat letak kereta rumah dan disitulah si suami menetak kedua-dua pergelangan tangan dan kaki mangsa.
Selepas itu si suami naik ke bahagian atas rumah dan mengunci dirinya di bahagian balkoni ditempat dia ditemui tergantung.
Pihak polis menemui beberapa barangan bukti seperti sebilah pisau pemotong dagin, sebilah parang panjang dan satu tong racub yang bewarna putih di tempat kejadian.
Menurut Mohd Rozi, kematian si suami diklasifikasikan sebagai mati mengejut, - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
