Berita Johor Cuti 2 November Jika Menang Adalah Palsu
Berita yang tersebar melalui laman sosial mengenai cuti yang bakal dinikmati oleh rakyat Johor sekiranya pasukan Johor menjuarai Final Piala Malaysia 2014 menentang pahang ternyata satu berita palsu.
Perkara ini disahkan setelah satu kenyataan rasmi dari Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyangkal dakwaan tersebut. Menurut Mohamed Khaled, tiada cuti peristiwa bagi Johor meskipun memenangi Piala Malaysia 2014.
Keputusan tersebut dibuat memandangkan peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin.
Perlawanan yang bakal berlangsung malam ini akan menyaksikan pasukan Johor menentang pasukan Pahang bagi merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2014 di Bukit Jalil - Siakapkeli
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini