Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bot Mewah Di Dalam Bengkel Terbakar

No Comment

Gambar Hiasan

LANGKAWI - Sebuah bot mewah milik persendirian telah musnah terbakar pada pada pukul 6.50 petang tadi di dalam sebuah bengkel kapal di Kampung Bohor Darat Kedawang.

Bot tersebut di miliki oleh seorang lelaki warga Australia berada di bengkel tersebut kerana rosak dan sedang di baiki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Langkawi, Yaakob Hassan berkata, pihak bomba menerima panggilan telefon pada pukul  7 petang tadi terus bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 2 jentera bomba da 18 anggota penyelamat untuk memadam kebakaran tersebut.

"Jentera pertama tiba di tempat kejadian pada pukul 7.21 malam dan ketika itu api sedang marak membakar keseluruhan bot itu dan api berjaya di kawal dalam masa 10 minit dan berjaya di padam sepenuhnya setengah jam kemudian.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian dianggarkan kira-kira RM230,000 berdasarkan nilai semasa bot berkenaan.

Setakat sekarang pihak bomba masih lagi dalam sisatan punca kebakaran tersebut. - Siakapkeli.com.my



Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli