FA England desak Blatter umum siasatan rasuah bidaan Piala Dunia
LONDON: Persatuan Bola Sepak England (FA) menghantar surat kepada Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter mendesak supaya mengumumkan penyiasatan penuh berkaitan rasuah ketika proses pembidaan tuan rumah Piala Dunia.
Hakim FIFA, Joachim Eckert yang memberikan maklum balas terhadap ringkasan penyiasatan pembidaan tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 yang dikendalikan Michael Garcia dikritik pendakwa FIFA.
Pengerusi FA, Greg Dyke memberi amaran bahawa "tindakan tegas perlu jika FIFA ingin memulihkan keyakinan terhadap badan dunia itu di England... tindakan ini patut bermula dengan penerbitan penuh laporan Garcia."
Kelakuan pasukan pembidaan England ketika proses memilih tuan rumah Piala Dunia 2018 dikecam oleh Eckert.
Dyke dalam suratnya kepada Blatter dan Jawatankuasa Eksekutif FIFA berkata, ketelusan penuh diperlukan jika kelakuan semua negara yang menawarkan diri termasuk England akan dinilai secara adil. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini