KUALA TERENGGANU: Beberapa orang saintis tempatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Kelantan telah berjaya menjumpai beberapa ketul batu yang mempunyai fosil dinosaur dan kesan tapak kaki haiwan purba tersebut, di sini.
Penemuan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, yang menyatakan perasaan bangga dengan misi Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 selepas ekspedisi itu berjaya membuahkan hasil yang amat memberansangkan.
Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Kumpulan Warisan Geologi. dalam misi mencari khazanah yang penting buat negara itu. Dengan penemuan itu adaah satu bukti bahawa haiwan purba itu pernah wujud di semenanjung Tanah Melayu.
Menurut Menteri Besar, dalam ekspedisi itu saintis-saintis kita telah berjaya menemui fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
"Alhamdulillah, selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan.
"Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," dipetik dari portal berita Harian di sini.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd Razak, berkata ini telah membuktikan wujudnya dinosaur yang berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu.
"Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu," katanya.- Siakapkeli.com.my