Kajang Dilanda Banjir Lagi Dalam Tempoh 2 Bulan
KAJANG: Bandar kajang hari ini telah dilanda banjir lagi selepas kali terakhir banjir 2 bulan lepas. Hujan lebat selama sejam petang tadi telah menyebabkan air naik paras lutut dan menjejaskan perniagaan di kawasan tersebut.
Menurut pihak JPS Hulu Langat, Roslan Shamsuddin, kejadian banjir ini teah berpunca daripada limpahan air Sungai Jeluh dan pihaknya telah membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk memikirkan masalah ini kerana kawasan ini kerap di landa banjir.
"Hujan lebat itu menyebabkan kuantiti air yang banyak memasuki Sungai Jeluh yang paras airnya sudah pun tinggi sehingga melimpah menyebabkan banjir kilat, bagaimana pun air surut selepas kira-kira 20 minit kemudian,"
"Penyelesaian jangka pendek pula akan dilaksana Disember ini dengan kerja pembinaan tembok di bahagian belakang Pasar Kajang bagi mengelak masalah berulang di kawasan sama kesan limpahan air Sungai Jeluh semasa hujan lebat, " katanya.
Menurut sumber air banjir tersebut telah beransur kering selepas hujan berhenti dan pembersihan oleh pihak Perbandaran kajang akan di lakukan malam ini.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini