Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Mohon Maaf



PETALING JAYA  - Syed Azmi Abhalshi, lelaki di sebalik pengajuran program yang mencetus kontroversi "I Want To Touch A Dog" telah memohon maaf kerana program itu telah mencetuskan kemarahan dari orang ramai.

Namun, aktivis sosial itu menegaskan bahawa program itu bertujuan untuk mendidik, dan bukan untuk mempromosikan liberalisme seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Saya menganjurkan acara ini kerana Allah, bukan untuk menyimpangkan kepercayaan orang ramai, cuba untuk mengubah undang-undang Islam, mengolok-olokkan ulama atau menggalakkan pluralisme," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sri Selangor di sini, pada hari Sabtu.

Dari kenyataan rasminya, dia juga mengaku terdapat kelemahan pada program tersebut, dan meminta maaf atas kesulitan keranan program tersebut.

Selepas membaca kenyataan itu, Syed Azmi meninggalkan sidang akhbar itu dan tidak mengambil apa-apa soalan dari yang hadir.

Peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau terpaksa meninggalkan sidang tersebut untuk keselamatan dirinya atas sebab beberapa ancaman bunuh yang diterimanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli