Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tanam Kepala Dalam Pasir Tanda Protes

No Comment


Sydney: Rakyat Australia hari ini telah menunjukkan tanda protes kepada  Perdana Menteri, Tony Abbott, dengan menanam kepala mereka di dalam psair sebagai tanda tidak puas hati kerana tidak mengambil berat mengenai iklim global yang semakin teruk.

perhimpunan tanda protes ini di lakukan harini sempena persidangan tahunan G20 yang akan berlangsung di Brisbane pada 15 dan 16 November. Mereka mendesak agar masalah perubahan iklim global ini menjadi perbincang dalam persidangan tersebut.

Persidangan G20 ini akan di hadiri pemimpinArgentina, Australia, Brazil, kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea selatan, Mexico, Russia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amarika Syarikat dan  Uni Eropa.

Berkata kepada media, Peganjur tunjuk perasaan tersebut, Eden Tehan, ia dilakukan untuk memberitahu kepada peserta persidangan tentang pentingnya pemuliharaan iklim global sekarang.

“Kami ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin dunia yang dating ke Persidangan G20 di Brisbane bahawa demonstrasi di pantai ini adalah satu cara untuk dunia tahu kami tidak bersetuju dengan kerajaan terhadap isu perubahan iklim dan mahu melihat tindakan segera dilakukan secara global.” katanya.

Tunjuk persaan ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang pekerjaan dan turut mendapat liputan yang meluas seluruh dunia.- Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli