Tan Sri Leo dan Dato Sri Azman ketika mengumumkan keuntungan TNB
Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) merekodkan keuntungan selepas cukainya sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014 berbanding RM5.4 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata, peningkatan keuntungan sebanyak RM 1 bilion ini di dorong oleh pengurangan kadar cukai korperat dan pengiraan semula kadar peruntukan kepada anak-anak syarikat TNB,
Hadir sama , Presiden dan ketua pegawai eksekutif TNB iaitu Dato Sri Azman Mohd
Bagi tahun ini TNB mencatatkan perlaburan tertinggi iaitu RM 10 bilion berbanding RM 8.5 bilion tahun sebelum ini. Sebahagian daripada Capex itu, RM4.9 bilion atau 48.9 peratus diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem untuk memastikan ia cekap, terjamin dan berdaya harap
TNB jugak melaburkan sebanyak RM4.4 bilion untuk membina stesen janakuasa baru yang meghasilkan kapasiti keseluruhan 3700MW bagi persediaan memenuhi permintaan masa hadapan, katanya semasa mengumumkan keputusan kewangan TNB semalam. - Siakapkeli.com.my