Wanita Disahkan Mati Bangun Semula Selepas 11 Jam Dalam Beg Mayat
Poland: Mengejutkan apabila seorang warga emas yang telah disahkan mati oleh doktor bangun semula. Wanita itu yang sudah 11 jam berada dalam beg mayat bangun semula dan meminta teh panas.
Janina Kolkiewicz, 91, telah disahkan mati oleh leh Dr Wieslawa C kini dipersalahkan kerana kesilapannya membuat diagnosis kematian wanita tersebut.
Jahina yang telah disahkan mati itu dihantar ke pusat pengurusan mayat untuk diuruskan hal pengebumiannya bagaimanapun selepas 11 jam, seorang pekerja telah menyedari terdapat pergerakan pada beg mayat tersebut.
Pekerja itu yang merasa curiga akan hal itu lalu membuka beg tersebut dan mendapati wanita itu masih hidup dan meminta teh panas sebaik sahaja beg itu dibuka.
Kemudiannya Jahina dihantar pulang ke rumah yang pada ketika itu ahli keluarga sedang berkabung. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini