1,000 kucing Diselamatkan Daripada Jadi Makanan Eksotik
LIAONING, China – Satu sindiket penyeludupan 300 ekor kucing berjaya ditumpaskan oleh kumpulan pencinta haiwan itu di wilayah Liaoning di timur laut China yang bertindak menghubungi polis sehingga tertangkapnya enam suspek.
Menurut laporan akhbar Sky News, kumpulan pencinta kucing itu yang ditubuhkan di internet telah berjaya menyelamatkan lebih daripada 1,000 ekor kucing daripada dijual di restoran-restoran makanan eksotik untuk dijadikan makanan.
Hasil maklumat yang diberikan oleh kumpulan tersebut, pihak polis berjaya memberkas enam individu di sebuah perkampungan di wilayah Liaoning selepas ramai pemilik kucing mengadu tentang kehilangan kucing mereka.
Kucing-kucing yang diselamatkan itu kemudiannya telah diserahkan semula kepada pemiliknya oleh pihak berkuasa.
Memakan daging kucing tidak menyalahi undang-undang di China, malah dianggap sebagai makanan istimewa di beberapa kawasan di negara itu. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini