32 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Dekat Kuantan
KUANTAN – Seramai 32 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang dekat sini, jam 8 pagi tadi.
Mereka diminta berpindah selepas rumah mereka di PPRT Kempadang, di sini dinaiki air kira-kira 0.3 meter bermula jam 7 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, setakat ini hanya kawasan berkenaan yang menempatkan mangsa di pusat pemindahan bagi daerah Kuantan selepas cuaca mendung dan hujan berterusan sejak dua hari lalu.
“Tiada kemalangan dilaporkan berlaku dan semua jalan di daerah ini masih boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya di sini. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini