KUALA LUMPUR: Seramai 96 orang dilaporkan hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran di penempatan setinggan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu memusnahkan dua buah rumah, namun tiada kemalangan jiwa mahu pun kecederaan dilaporkan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat, berkata sebanyak 10 jentera dengan kekuatan anggota seramai 41 orang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.32 pagi.
Katanya, ketika tiba api sedang marak bagaimanapun, dapat dikawal kira-kira sejam kemudian. - BH Online