Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Alvin Tan Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera

No Comment


Blogger seks kontroversi Alvin Tan hari ini telah mencabar Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi supaya membatalkan pasportnya dengan segera dan beliau tidak kisah dengan pembatalan itu.

Beliau bertindak demikian selepas Zahid telah memberi amaran kerajaan akan membatalkan pasport antarabangsa milik Alvin untuk memudahkan kerajaan mmudah menangkapnya yang kini menyembunyikan diri di Amerika Syarikat.

Beliau dalam laman facebooknya menyifatkan menteri-menteri di Malaysia hanya berani mengugut dan tiada kredibiliti.

“Anda tiada keberanian untuk lakukan apa-apa pun, bila anda ugut dan kemudian gagal melaksanakannya, kredibiliti anda hilang dari masa ke semasa.

“Semua menteri memperlihatkan diri mereka bodoh, saya juga masih malu kerana secara teknikalnya saya masih seorang warganegara Malaysia,” katanya dengan angkuh.


Menurutnya pembatalan pasport tidak akan memberikan apa-apa kesan tapi sebaliknya akan mempercepatkan prosesnya dalam memohon suaka politik di Amerika.

Beliau yang sebelum ini dituduh dibawah akta hasutan kerana menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang.

Alvin juga menegaskan tanpa pasport bukan bermakna beliau hilang kewarganegaraan dan dia akan mendapatkan dokumen perjalanan dari PBB yang akan dikeluarkan oeh Imigresen Amerika.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli