Badminton: Zulfadli temu Chi Wing tentu kejuaraan
KUALA LUMPUR: Bekas juara badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkifli memenuhi hajatnya apabila layak ke final Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.
Dalam separuh akhir dia menewaskan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Iskandar Zulkarnain Zainuddin 21-10, 21-10.
Dalam penentuan kejuaraan acara perseorangan lelaki, esok, Zulfadli akan menentang pemain berusia 19 tahun, Lim Chi Wing yang mencipta kejutan besar menewaskan bekas juara Terbuka Perancis 2012, Liew Daren 21-19, 21-10.
Sementara itu, dalam acara beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menerima tamparan hebat apabila tewas kepada gandingan profesional, Mak Hee Chun-Tan Bin Shen 22-24, 21-13, 13-21 dalam aksi separuh akhir.
Hee Chun-Bin Shen akan bertemu Tan Wee Gieen-Teo Ee Yi di pentas final selepas mara hasil kemenangan ke atas Low Juan Shen-Ong Yew Sin 21-13, 18-21, 21-15.
Dalam penentuan juara acara perseorangan wanita, Yang Li Lian akan berdepan Lee Ying Ying manakala Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho turun menentang Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bagi acara beregu wanita. - BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini