Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: Persandingan Mewah Anak Sultan Brunei Yang Penuh Istiadat

No Comment


Indah dah berkilauan nampaknya majlis perkahwinan anak kepada Sultan Hasanal Bolkiah yang juga merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia.

Dengan perhiasan-perhiasan mewah yang pasti menjadi satu impian sesiapa sahaja dengan dihadiri kenamaan-kenamaan dunia.

Majlis tersebut telah dilangsungkan di istana yang memiliki 1,788 buah bilik iaitu Istana Nural Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan, semalam.




Raja Abdul Malik, 31, telah selamat diijab kabulakan dengan pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.

Memetik laporan Daily Mail, istiadat itu turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna keemasan yang melambangkan kemewahan yang sungguh indah sekali dengan bertatahkan emas.




Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli