Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Barcelona Mahu Lanjutkan Kontrak Neymar Hingga 2020

No Comment


PRESTASI cemerlang yang ditunjukkan Neymar bersama Barcelona membuatkan pengurusan kelab itu cukup berpuas hati.

Dikhabarkan bahawa mereka mahu menyediakan kontrak jangka panjang buat Neymar dalam waktu terdekat.

Menurut ejen Neymar, Wagner Riberio, Barcelona akan menawarkan kontrak baharu buat Neymar sehingga 2020. Pada masa ini, Neymar masih terikat dengan kontrak sehingga 2018.

"Barcelona ingin melanjutkan kontrak Neymar sehingga 2020. Khabar itu sememangnya benar," jelas Wagner.

Sepanjang musim ini, Neymar mencatatkan sebanyak 14 gol untuk Barcelona di semua perlawanan. Neymar meraih 11 gol dalam perlawanan La Liga Sepanyol dan tiga gol pada Liga Juara-Juara. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli