Bomba Bantu Mangsa Banjir Berusia 101 Tahun
Kuala Terengganu: Seorang warga emas berusia 101 tahun dari Kampung Telaga Nibong, Jertih antara mangsa banjir yang dipindahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pagi tadi.
Abdullah Awang Besar, seorang daripada 208 mangsa banjir di kampung berkenaan yang dinaiki air berikutan hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu.
Dalam operasi kira-kira 11 pagi itu, pihak bomba berjaya memindahkan warga emas berkenaan bersama 10 ahli keluarga mangsa.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri Rozizah Abnihajar berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memindahkan keluarga berkenaan.
"Kita berjaya memindahkan warga emas berkenaan bersama 10 lagi ahli keluarga termasuk cucu dan cicitnya. Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut serta Jertih terbabit dalam operasi pemindahan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini. - Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini