China Adakan Operasi Banteras Pornografi, Perjudian
SHANGHAI – Pihak berkuasa China menahan kira-kira 30,000 orang dalam operasi dua bulan membanteras kegiatan pornografi dan perjudian, lapor agensi berita Xinhua, semalam.
Dalam serbuan terbaharu, polis di wilayah selatan Guangdong menahan 3,014 orang dan memenjarakan lebih 8,000 orang sehingga 15 Disember lalu.
Di bandar Huizhou, polis melumpuhkan rangkaian perjudian atas talian membabitkan 30 juta yuan (AS$4.82 juta) pada 24 November lalu.
Perjudian diharamkan di China sejak 1949 walaupun negara itu mengendalikan operasi loteri.
China melancarkan kempen anti pornografi pada April lalu dalam usaha “membersihkan” internet. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini