Harimau makan manusia ditembak mati di India
NEW DELHI, 19 Februari: Pengawal hutan telah menembak mati seekor harimau yang makan manusia di selatan India selepas haiwan itu menyerang dan membunuh seorang petani dan pekerja ladang teh, kata seorang pegawai, lapor AFP.
Harimau menerkam seorang petani yang telah memasuki hutan di Kerala awal bulan ini, dan makan sebahagian besar tubuhnya, kata pegawai hutan C. Badrasamy.
Binatang yang sama kemudian menyerang seorang wanita yang bekerja di ladang pada hari Sabtu, selepas harimau kelihatan berkeliaran di hutan, kata Badrasamy.
“Penduduk kampung yang panik dan marah atas kejadian ini menuntut harimau itu dibunuh serta-merta,” kata Encik Badrasamy melalui telefon dari Tamil Nadu.- AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini