Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penceramah Bebas, Ustad Wan Ji Ditahan Kerana Beri Ceramah Tanpa Tauliah

No Comment


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) malam tadi telah menahan Penceramah bebas Wan Ji  Wan Hussin, 33, kerana memberi ceramah tanpa tauliah

beliau yang merupakan bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PasAS Negeri Selangor  telah ditahan semasa memberi ceramah di masjid sekitar Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.


"Tadi saya mengajar kelas hadith hukum selepas Maghrib hingga 9.00 malam. Mereka (Jais) merekod segala ceramah saya tadi dan selepas ditahan saya dibebaskan atas jamin mulut (jaminan polis) daripada kawan saya. 

"Saya perlu ke Ibu Pejabat Jais pada 23 Februari untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Wan Ji sebelum ini pernah ditahan kerana dipercayai menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli