Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibrahim Ali Terlepas dari Hukuman Penjara

No Comment


PUTRAJAYA 3 Dis - Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dan denda RM20,000 terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kerana menghina mahkamah.

"Walaupun saya sudah menjalani hukuman penjara sehari, saya menerimanya dengan baik," kata Ibrahim selepas keputusan mahkamah itu di sini hari ini.

Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 November 2013, berkata beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Syukur kepada Allah SWT kerana selama ini, saya tahu bahawa saya sebenarnya tidak bersalah," katanya.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan Ibrahim untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah kerana menghina mahkamah berhubung penerbitan sebuah artikel dalam laman web berkaitan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham. - TheRakyatNews
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli